Pelaksanaan dan cabaran kod etika profesionalisme keguruan di Malaysia

  

                                      Kod Etika Profesionalisme Keguruan Di Malaysia

 Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Mohd Hafis Bin Jandu (D20201095562) ingin     menerangkan Pelaksanaan dan cabaran Kod Etika Profesionalisme Keguruan di Malaysia

±  Dalam bidang Pendidikan, etika keguruan digubal pada tahun 1980-an. Ia merupakan satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara serta rakan sejawat dan profesion. Setiap guru yang berkhidmat wajib akur dan tidak melanggar etika ini.

±  Perkataan etika berasal daripada Bahasa Inggeris “ethic”yang membawa maksud sikap atau adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Manakala profesion pula ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas. Contohnya, perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.

±  Kod Etika Keguruan • Setiap profesion dalam pekerjaan mempunyai kod etika yang tersendiri. Kod etika ini juga dipunyai oleh profesion perguruan. Setiap guru dikehendaki mematuhi kod etikanya sendiri demi menjaga status, akhlak dan maruah dalam profesion keguruannya. Di Malaysia, “Tatasusila Profesion Keguruan” yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan merupakan landasan dan garis panduan untuk setiap guru menjaga imej profesionnya


Pelaksanaan Kod Etika Profesionalisme Keguruan Di Malaysia

±  Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melalui pembelajaran teori dan Latihan amali dalam suatu tempoh masa yang panjang.

± Mempertingkatkan profesionalisme.

±  Berupaya mempertingkatkan keputusan dan menyelesaikan masalah serta berfikiran secara kritis dan kreatif.

±  Mahir menggunakan IT.

±  Berpengetahuan dan berdaya fikir serta berakhlak.


1. Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melalui pembelajaran teori dan Latihan amali dalam suatu tempoh masa yang panjang.

- Disini, pelatih wajib menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah seperti sijil perguruan atau diploma Pendidikan dan ijazah sarjana muda perguruan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum boleh mengajar di sekolah. Sebelum mengajar, guru hendaklah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajar. Kaedah atau cara penyampaian dalam pengajarannya adalah amat penting supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Selain daripada itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar , bermurah hati dan sentiasa tenang.Tambahan, selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid , menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat.

      2. Mempertingkatkan profesionalisme.

- Guru hendaklah menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajui negara ini. Oleh itu, guru haruslah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah seperti membuat "flipped classroom" atau "Google classroom" sebelum sesi PdP di kelas bermula bagi memudahkan pelajar faham apa yang hendak disampaikan sewaktu sesi Pdp berlangsung. Guru-guru juga perlu banyak mengikuti kursus-kursus Pendidikan yang dianjurkan oleh pihak kementerian Pendidikan,  jabatan Pendidikan negeri dan pejabat Pendidikan daerah bagi menambahkan lagi idea-idea dalam mengajar pelajar sekolah . 

    3. Berupaya mempertingkatkan keputusan dan menyelesaikan masalah serta berfikiran secara kritis dan kreatif.

Guru harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu Tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan. Membuat keputusan terburu-buru bukanlah seorang guru yang profesionalisme. Perubahan- perubahan dalam kurikulum Pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Kemahiran ini boleh dikuasai dengan perbanyakkan menghadiri kursus yang dianjurkan oleh kementerian atau pun membuat kajian tersendiri cara untuk menguasai kemahiran tersebut.

      4. Mahir menggunakan IT.

- Hal ini sudah semestinya menjadi perkara penting bagi seorang guru bagi mengharungi cabaran revolusi industri 4.0 dalam pendidikan. IT merubah dunia pembelajaran umpamanya muncul pembelajaran melalui “online”. Para guru telah bersikap produkif, proaktif dan responsive terhadap perkembangan kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa yang maju. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi info- komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemankin kearah menghasilkan Pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Sebagai pemangkin, guru menggunakan teknologi info komunikasi bukan hanya untuk menyampaikan ilmu di dunia semata- mata tetapi juga meraih kepentingan ilmu akhirat kerana Pendidikan berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui keseimbangan dalam kedua-dua ilmu tersebut. Sebagai pemangkin, guru menggunakan teknologi info komunikasi bukan hanya untuk menyampaikan ilmu di dunia semata- mata tetapi juga meraih kepentingan ilmu akhirat kerana Pendidikan berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui keseimbangan dalam kedua-dua ilmu tersebut. Penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan computer merupakan salah satu bentuk kurikulum yang memerlukan profesion keguruan tahu dan menguasai teknologi maklumat. Penggunaan computer dalam Pendidikan membawa satu reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang Pendidikan, khasnya dalam teknologi Pendidikan, teori Pendidikan , teori-teori pengajaran-pembelajaran, pengurusan sekolah,, sistem pentadbiran Pendidikan serta kemahiran dan Latihan guru.

       5Berpengetahuan dan berdaya fikir serta berakhlak.

Seorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba tahu guru diharapkan dapat membawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaianya bersama-sama pelajar di dalam kelas. Melalui pembacaan, guru dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai isu-isu semasa. Dalam hal  seperti ini, guru diharapkan dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri dalam menggunakan isu-isu semasa untuk dikaji dan dibincangkan dengan pelajar. Dalam perubahan-perubahan sistem Pendidikan yang semakin mencabar ini,, profesion guru juga  perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji kerana nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam pengajaran

-

       Cabaran Kod Etika Profesionalisme Keguruan di Malaysia

± Tenaga buruh yang diperlukan mestilah serba mahir

±  Beban kerja yang terpaksa dihadapi oleh guru bukan sahaja melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah bahkan terpaksa menghadapi masyarakat yang sentiasa memerhati dan meninjau segala perkara yang berkaitan dengan perguruan

± Menghadapi pelbagai tekanan dalam memenuhi keperluan para pelajar.


1. Tenaga buruh yang diperlukan mestilah serba mahir

    -Tanggungjawab profesion perguruan menjadi semakin berat kerana rakyat masa depan yang hendak dihasilkan bukan sahaja perlu diterapkan dengan teknologi tinggi (Hi-Tect) semata-mata, tetapi perlu juga diseimbangkan dengan nilai-nilai moral dan etika yang murni (Foo, 2005). Oleh itu, tidak hairan jika didapati guru-guru yang berada dalam profesion ini juga tidak terlepas daripada masalah stress.

2. Beban kerja yang terpaksa dihadapi oleh guru bukan sahaja melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah bahkan terpaksa menghadapi masyarakat yang sentiasa memerhati dan meninjau segala perkara yang berkaitan dengan perguruan

   - Beban kerja yang terpaksa dihadapi oleh guru bukan sahaja melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah bahkan terpaksa menghadapi masyarakat yang sentiasa memerhati dan meninjau segala perkara yang berkaitan dengan perguruan. Akibat daripada perubahan dalam pendidikan ini juga memberi pelbagai cabaran dan implikasi yang timbul dan ini memerlukan keprihatinan semua warga pendidik. Kajian yang dijalankan oleh Foo (2005) telah mendapati berlakunya peningkatan beban kerja setelah perubahan kurikulum dilaksanakan. Reformasi pendidikan itu akan menyebabkan kerjaya perguruan menjadi lebih mencabar lagi dan masalah stres mungkin akan timbul pada peringkat permulaan apabila guru menghadapi keadaan kekurangan masa dan sumber untuk melaksanakan perubahan atau pembaharuan tersebut.

3. Menghadapi pelbagai tekanan dalam memenuhi keperluan para pelajar.

   - Menghadapi zaman globalisasi ini, guru menghadapi pelbagai tekanan dalam memenuhi keperluan para pelajar. Kini pelajar semakin ke hadapan dengan adanya pelbagai teknologi yang pastinya tidak memerlukan kepakaran seorang guru. Namun, pelbagai karenah yang dihadapi tidak mungkin melunturkan semangat para pendidik dalam menjalankan kewajipan demi agama, bangsa dan negara. Sebagai tuntutannya, guru haruslah memiliki syarat-syarat berikut dalam memenuhi keperluan para pelajar pada zaman ini. Antaranya ialah:

a)     Mengetahui peranan, tanggungjawab dan tugas mereka sebagai seorang pengajar.

b)     Mempunyai rasa empati yang tinggi terhadap pelajarnya.

c)      Bersifat amanah, ikhlas dan jujur terhadap tugas yang diberikan.

d)     Mempunyai sikap ingin membantu dan menolong orang lain.

e)     Mempunyai sikap mengambil berat terhadap orang lain.

f)       Mempunyai sikap bertimbang rasa dan jujur.

g)     Menyedari dan mengetahui harapan para pelajar di bawah bimbingannya.

h)     Berusaha mendapat kepercayaan yang tinggi terhadap dirinya di kalangan para pelajarnya.

i)       Berusaha mewujudkan suasana yang menarik dan memberangsangkan dengan pelajar.

j)       Berusaha mewujudkan suasana dan hubungan yang akrab dengan pelajar.

k)     Berusaha mewujudkan suasana yang menarik dalam kalangan pelajar. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hubungkait kerjaya guru dan amalan kod etika profesionalisme di Malaysia

Tujuan dan fungsi peraturan-peraturan pendidikan yang dilaksanakan di Malaysia