Hubungkait kerjaya guru dan amalan kod etika profesionalisme di Malaysia




Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Nur Ain Atikah binti Affendi (D20201095561) ingin menerangkan hubungkait kerjaya guru dan amalan kod etika profesionalisme di Malaysia.


Hubungkait kerjaya guru dan amalan kod etika profesionalisme di Malaysia ialah Kod Etika Profesionalsime Keguruan yang didokumenkan dan diwartakan untuk menjadi rujukan dan panduan kepada warga guru dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah pada amalan yang benar dan yang betul. Oleh itu, setiap guru yang sedang berkhidmat wajib mengamalkan kod etika ini dengan tulus dan bersungguh-sungguh. 


Antara kod etika profesionalime yang perlu diamalkan:

  • Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap  semua murid tidak kira bangsa, warna,jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga, intelek, akademik    dan status-status lain.
  • Guru harus menghormati hak tiap-tiap murid supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan.
  • Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna.
  • Guru tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran-bayaran yang disahkan.
  • Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau  pengajaran  persendirian.
  • Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik  persendirian  terhadap murid-muridnya.
  • Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa  murid-murid  atau ahli-ahli masyarakat dalam manjalankan tugas-tugas profesionnya.

  • Keratan akhbar tentang pensyarah IPT yang menerima rasuah dari seorang pelajar untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang.



    Inilah yang akan berlaku jika kod etika profesionalisme tidak diamalkan dan dipandang remeh. Perkara ini bukan sahaja telah menjejaskan imej dan krediabiliti kerjaya guru malahan melahirkan pegawai yang tidak amanah dan gagal dalam pelaksanan kerjayannya dan menyebabkan negara menjadi lemah dan huru-hara.





    video ini memberitahu tentang seorang guru yang tidak bersikap profesional dengan memperlekehkan anak muridnya yang tidak dapat menjawab soalan yang diberikannya pada waktu yang ditetapkan:



    Peranan seorang guru bukan sahaja mendidik anak murid dari segi akademik, ianya lebih dari itu. Guru ini boleh dikatakan ibubapa kedua kepada anak murid, jaganlah sesekali mematahkan semangat anak murid. Kerjaya sebagai murid adalah untuk mengembangkan dan menyinarkan bakat yang terpendam dalam diri anak murid bukannya merendahkan kemampuan anak murid. Ini kerana, setiap manusia mempunyai kelebihan dan kelemahan. Oleh itu, guru perlu ingat bagi seorang murid guru adalah orang yang disanjungi oleh mereka jika guru memperlekehkan mereka, ia akan menyebabkan anak murid merasa tersinggung dan murung. 




    Kesimpulannya, berkhidmat sebagai seorang guru berhadapan dengan cabaran yang memerlukan tahap profesionalisme yang tinggi untuk menghadapinya. Kod etika merupakan garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan displin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan kepada aspek yang berkaitan dengan peraturan, peranan nilai serta tingkahlaku profesional. Kod etika profesionalisme jika dilaksanakan dengan baik dapat menggangkat martabat profesion keguruan dan imej guru dalam kalangan masyarakat.

    Ulasan

    Catatan popular daripada blog ini

    Pelaksanaan dan cabaran kod etika profesionalisme keguruan di Malaysia

    Tujuan dan fungsi peraturan-peraturan pendidikan yang dilaksanakan di Malaysia