Tujuan dan fungsi peraturan-peraturan pendidikan yang dilaksanakan di Malaysia

 



1. Pencegahan

 

  Mencegah lebih baik daripada merawat, itulah perkataan yang sering kali menyapa cuping telinga kita. Walaupun ia terdengar seperti biasa tetapi sebenarnya ia membawa makna yang sangat besar. Bukan sahaja ia membawa makna ‘mencegah’ tetapi ia juga boleh di sebut sebagai persediaan ataupun langkah berjaga-jaga dari terjerumus kepada permasalahan yang akan datang. Dalam profesion keguruan ini pula pencegahan daripada melakukan kesalahan adalah perkara yang tidak boleh dipandang enteng. Kerana ia bukan sahaja membawa nama baik seseorang tetapi sebuah organisasi bahkan juga turut pada kementerian. Oleh itu, langkah berjaga-jaga perlu di ambil dan tidak lain tidak bukan peraturan-peraturan pendidikanlah jawapannya. Sebagai contohnya adalah surat pekeliling, memo pemberitahuan dan papan tanda amaran. Takkanlah hendak terhantuk baru terngada, kerana terlajak perahu boleh di undur terlajak laku buruk padahnya.


2. Peringatan

 

  Perkataan manusia ataupun insan di ambil daripada perkataan bahasa arab iaitu ‘nasia’ yang membawa makna lupa dan lumrah manusia itu juga tidak lari dari sikap lupa. Sememangnya manusia tidak akan terlepas daripada sikap ini, apabila sudah berada dalam keadaan yang selesa dan berpangkat sikap lupa itu akan lebih mudah mendatang. Justeru, akan ada yang lari dari tanggungjawab, pecah amanah dan melakukan kesilapan dan kesalahan dalam pekerjaan. Oleh itu, peraturan pendidikan yang dibentuk menjadi satu kawalan bagi memastikan guru-guru serta pegawai pendidikan sentiasa menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan. Ia juga bertujuan memberi peringatan kepada guru-guru serta pegawai pendidikan terhadap akibat dan hukuman sekiranya tidak mematuhi peraturan. Sebagai contoh peringatan adalah amaran lisan atau bertulis, dan surat tunjuk sebab.

 

3. Pengajaran

 

  Sistem pendidikan di Malaysia telah pun dirangka dengan begitu baik dan teliti daripada peringkat prasekolah sehinggalah ke pengajian tinggi. Bukan itu sahaja, kod etika profesionalisme keguruan yang menetapkan keperluan dan kriteria yang perlu ada pada seorang guru juga telah dirangka dengan baik. Oleh itu, setiap tenaga pengajar ini sememangnya telah dilengkapkan dengan keperluan yang perlu di miliki oleh seorang guru seperti ilmu yang cukup dan nilai diri yang tinggi. Tetapi, manusia tetaplah manusia yang tidak lari dari kesilapan. Kerana itulah pentingnya peraturan dalam pendidikan, ia akan memberikan pengajaran kepada guru-guru serta pegawai pendidikan melalui kes-kes yang lepas serta hukuman yang dikenakan untuk setiap kesalahan yang dilakukan. Tindakan yang dikenakan untuk dijadikan iktibar dan panduan kepada pegawai yang terlibat dan pihak-pihak lain agar perkara yang sama tidak berulang. Sebagai contoh adalah hukuman diturunkan pangkat dan ditukar tempat kerja.

Kesimpulannya, peraturan-peraturan pendidikan sememangnya mempunyai tujuan yang sangat penting dalam pendidikan di Malaysia. Sekiranya peraturan ini tidak diwujudkan maka keberlakuan tidak amanah dalam kerja akan menjadi lebih banyak. Oleh itu, peraturan pendidikan bukanlah satu perkara yang tidak mnyumbang dalam kemajuan sektor pendidikan tetapi ia juga merupakan elemen penting dalam perkembangan ini. Akhir kata, dalam pembangunan pendidikan ini kesemua perlu mengikuti peraturan yang telah ditetapkan bukannya hanya seorang tetapi kesemua perlu mematuhinya kerana telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua.



NAMA: KHAIRUL HAKIMIN BIN ASMIL

NO. MATRIK: D20201095564

SEMESTER: 1

PROGRAM: ISMP SAINS

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Hubungkait kerjaya guru dan amalan kod etika profesionalisme di Malaysia

Pelaksanaan dan cabaran kod etika profesionalisme keguruan di Malaysia