Pelaksanaan peraturan dan undang-undang pendidikan dalam amalan pendidikan di Malaysia
Teks: Najihah binti Abdul Hadi
Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Assalamu'alaikum wbt..
Assalamu'alaikum wbt..
" Orang hebat dapat menghasilkan beberapa karya yang berkualiti, tetapi guru yang berkualiti dapat menghasilkan ribuan orang yang hebat "
pengertian peraturan & perundangan pendidikan
peraturan pendidikan
๐perbuatan tentang moral yang menjamin keadilan.
๐satu bentuk kawalan ke atas semua penjawat awam untuk menjamin kesejahteraan hidup.
perundangan pendidikan
๐semua peraturan yang berkaitan tingkahlaku yang dibentuk mengikut autoriti atau adat sesuatu kaum.
๐undang-undang yang telah digubal oleh sesebuah badan pengubalan undang-undang yang bertujuan mellindungi hak individu dan kebebasan tertentu.
RUMUSAN : Peraturan merupakan syarat yang perlu dipatuhi oleh sesebuah organisasi bagi mengelakkan berlaku masalah. Manakala perundangan adalah undang-undang yang digubal bagi memelihara hak individu tertentu.
peraturan pendidikan di Malaysia
๐warta kerajaan ang dikeluarkan dan diedarkan oleh kementerian pendidikan malaysia dari masa ke semasa. merupakan satu arahan dan garis panduan dalam melaksanakan suatu tugasan dan perkhidmatan. merupakan satu punca kuasa yang perlu dipatuhi oleh guru-guru. Contoh : nyanyian lagu kebangsaan dan quot.
Akta pendidikan 1996
๐suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Dikenali juga akta 550 sebagai rujukan dalam melaksanakan tanggungjawab warga pendidik agar sentiasa berada di landasan yang betul. Maklumat lanjut tentang Akta Pendidikan 1996 dan peraturan-peraturan pendidikan yang berkaitan dibincangkan lebih lanjut di unit 12.
perintah Am Bab D
๐peraturan-peraturan pegawai awam (Kelakuan dan Tatatertib) yang mencakupi kewajipan pegawai awam mematuhi peraturan,kawalan dan pengawasan tatatertib.Disenaraikan kesalahan dan ketidakpatuhan terhadap prosedur tatatertib yang boleh disabitkan hukuman tatatertib dan penamatan perkhidmatan demi kepentingan awam.Contoh: seseorang pegawai tidak boleh : membelangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadi,memburukan nama atau mencemarkan nama perkhidmatan awam,melakukan seksual,keterhutangan yang serius,membuat pernyataan awam,melakukan pekerjaan luar,tidak mematuhi etika pakaian dan sebagainya.
undang-undang sivil & syariah
๐undang-undang syariah merupakan hukum perundangan islam dari allah SWT bagi umatNya bersumberkan alquran dan As Sunnah Rasulullah SAW termasuk dalam kesalahan ialah berkaitan hubungan tidak sah seperti khalwat dan persetubuhan haram. undang-undang sivil merupakan sekumpulan undang-undang yang mengawal hak dan tanggungan(liabiliti) sivil antara individu dengan individu, individu dengan masyarakat dan masyarakat dengan individu.Contohnya : Hak asasi kanak-kanak bagi mendapatkan pendidikan. satu lagi ialah undang-undang jenayah yang berfungsi mengawal kesalahan yang dilakukan terhadap masyarakat . Sebagai contoh sekiranya seseorang mencuri,maka undang-undang jenayah yang akan digunakan untuk mengawal atau mengurus si pencuri itu.
๐๐๐๐ Dengan adanya Falsafah
Pendidikan Negara yang menjadi pusat kepada matlamat pendidikan negara,
pelaksanaan disiplin, peraturan dan perundangan dalam pendidikan dapat
dilaksanakan dengan lancar dan mampu mencapai matlamat bagi melahirkan
warganegara yang bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat, dan juga
negara serta mampu menjadi insan yang sanggup menghadapi cabaran dan dugaan
dalam era teknologi yang semakin pesat selaras dengan Wawasan 2020
BIODATA PENULIS
NAMA : NAJIHAH BINTI ABDUL HADI
NO MATRIK : D20201095563
PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN SAINS DENGAN KEPUJIAN (UPSI)
SEMESTER : 1
ASAL: PASIR MAS KELANTAN
Ulasan
Catat Ulasan